Ego dalam berkasih
Lagu ini sesuai untuk perempuan ego ;p
Hari ini saya mahu bercerita tentang ego. Tidak. Bukan hanya ego lelaki tapi ego perempuan juga. ;p Ego mempengaruhi hubungan. Ego boleh buat rasa sayang berkurang. Ego boleh buat sebelah pihak berkecil hati. Yang terlebih menyayangi akan diamkan. Yang tidak dapat bertahan akan angkat kaki cepat-cepat, lari untuk mencari cinta tanpa ego – cinta sejati.
Ego lelaki
Ego adalah sifat dan fitrah seorang lelaki. Yang membezakan mereka adalah antara banyak atau sedikit. Jika makin dilayan makin ligat, sila angkat kaki awal-awal JIKA kamu tidak menyintainya sepenuh hati. Tapi cinta itu buta. Buatlah keputusan terbaik untuk dirimu dan masa depanmu. Kumbang bukan sekuntum, bunga bukan seekor. Eh, terbalik. ;p
Ego perempuan
Jangan rasa pelik. Perempuan juga ada egonya. Lebih-lebih lagi dalam hubungan yang suka-suka atau sekadar melepas batuk di tangga. Bukti tiadanya rasa kasih, sayang dan cinta. If she worth it, just go on. But guys, if she isn’t, move to next one. Masih banyak bunga di taman untuk disunting. Biar sebanyak manapun sayang dan rasa cinta kamu padanya, jangan biarkan dia mempermainkan kamu secukup rasa. Itu dayus namanya.
*sukar sungguh nak buat keputusan. percayalah.
Luv,
Zen
January 13, 2011 at 1:35 am
melepas batuk di tangga?
if she isnt, move to the next one?
secukup rasa?
it is a real untreasureable love dear.
dayus is a real big hurt word.
January 13, 2011 at 3:58 am
ahaks. rilek-rilek sude.
*dayus here referred to men ;p
January 13, 2011 at 8:36 am
then dayus is refer to other man not u.